Anak Melayu ada akal untuk berfikir, ada mulut untuk bercakap, ada perasaan untuk diluah, ada ilmu untuk dikongsi dan ada idea untuk dilontar. Blog ini membantu anda merealisasikannya. Daftar sebagai author dengan mengirim e mail kepada sabrimnr@yahoo.com.

Tuesday, January 19, 2010

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Sumber : Utusan
HAIRAN Awang apabila Ketua Pemuda MIC, T. Mohan mencadangkan 40,000 warga India yang ‘hilang’ di Malaysia diampunkan serta diserapkan dalam sistem pekerjaan negara ini.

Perlu diingat negara India mempunyai seramai 1.2 bilion penduduk. Jika cadangan MIC itu diterima, ia akan menjadi daya tarikan kepada warga India lain untuk datang, hilang dan kemudian diputihkan oleh kerajaan kita.

Sepatutnya, MIC berfikiran lebih jauh. Rakyat India Malaysia pun ramai yang menganggur. Masalah mereka yang harus menjadi keutamaan. MIC perlu membuka dan mencipta peluang pekerjaan untuk mereka.

Ini bukan soal siapa India itu. Warga India di India tiada kena mengena dengan keturunan India warganegara Malaysia. Oleh itu apa kita terlalu mahu bersimpati sangat. Bersimpatilah dengan orang kita dulu.

Seperti kata Tan Malaka dalam Forum Utusan Malaysia di muka 12 hari ini: ‘‘Adakah ini pemikiran seorang anak Malaysia yang bertanggungjawab terhadap kepentingan keselamatan Malaysia atau didorong oleh perasaan sentimen perkauman?’’

Mungkin juga apa yang berlaku kini adalah disebabkan kita gagal menitikberatkan soal cintakan negara? Peranan media vernakular, akhbar dan TV, juga perlu dilihat semula kerana selama ini ia banyak menonjolkan bahan-bahan dari tanah besar India dan China. Mengapa kiblat itu masih gagal diubah?

Awang – Masih tidak faham

1 comment:

Minda Pertahanan said...

Saya juga berkongsi sentimen dengan Awang Selamat. Fenomena orang luar 'hilang' di Malaysia ibarat 'cacing sudah naik ke mata'. Untuk menangani PATI, PADI yang tinggal lebih masa dan hilang di dalam negara ini seolah-olah sudah tidak terkawal. Dalam suasana rakyat sendiri yang susah untuk mendapat peluang pekerjaan maupun perniagaan di sesuatu lokasi di bawah PBT, ada juga kita dengar rakyat asing boleh sewenang-wenangnya mendapat tempat bersaing dengan rakyat tempatan. fikir-fikirkan lah untuk lakukan sesuatu untuk kesejahteraan rakyat sendiri.